Thursday 14 August 2014

KONSEP KEADILAN SEJAGAT
Konsep keadilan islam tidak berbentuk diskriminasi, bukan hanya untuk diri sendiri tetapi untuk manusia sejagat. Keadilan bukan hanya dalam sosial dan politik tetapi juga di dalam ekonomi yang memakai ukuran berbeza dalam konsepnya. Mungkin suatu ukuran itu adil bagi kapitalisme dan zalim bagi pandangan sosialisme dan begitu juga sebaliknya. Keadilan adalah nilai utama akhlak muslim. Bersikap adil kepada sesiapa sahaja tidak mengira tempat dan masa. Apabila adil menjadi pakaian akhlak, maka orang yang berakhlak akan menjadi orang yang bertakwa. Menegakkan keadilan adalah satu tugas rasulullah s.a.w yang perlu dicontohi seperti firman Allah s.w.t yang bermaksud :

oleh kerana yang demikian itu, maka serulah (mereka wahai muhammad kepada beragama dengan betul), serta tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagaimana yang diperintahkan  kepadamu, dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka : sebaliknya katakanlah : aku berfirman kepada segala kitab yang diturunkan Allah s.w.t dan aku diperintahkan  supaya berlaku adil antara kamu. Allah s.w.t jugalah tuhan kami dan tuhan kamu. Bagi kamu amal kami dan bagi kamu amal kamu.”
(Surah asy-syuara, ayat 15)




Perasaan kasih sayang merupakan asas perhubungan kemanusiaan. Apabila berlaku permusuhan dan meletus peperangan, maka "keadilan" adalah menjadi kata pemutus dalam keadaan ini. Orang Islam mesti melaksanakan keadilan biar betapa kuat sekalipun permusuhan itu.Ini menunjukkan sifat kebencian yang melulu akan mendorong berlaku sikap tidak adil. Keadilan merupakan hak suci yang ditentukan dan sama-sama dinikmati bahkan oleh pihak musuh. Maka, apabila berlaku permusuhan, undang-undang keadilan mengehendaki supaya ditentang permusuhanSekiranya mereka tidak melahirkan permusuhan, maka orang Islam tidak berhak untuk menyerang mereka kecuali sekiranya diyakini mereka membuat persediaan untuk melakukan permusuhan. Orang Islam tidak seharusnya menunggu sehingga mereka melancarkan serangan, malah harus menyerang terlebih dahulu sebelum diserang. Ini kerana sebaik-baik pertahanan ialah melakukan serangan apabila terdapat tanda-tanda yang jelas bahawa mereka akan melancarkan serangan terhadap orang Islam.

Agama islam juga mewajibkan umatnya sentiasa “menepati janji” apabila membuat ikatan perjanjian dengan pihak musuh. Islam menekankan bahawa menunaikan janji itu merupakan suatu "kekuatan", dan Islam menekankan supaya janji itu ditepati dan ditunaikan. Dapat dijelaskan tiga perkara pokok terpentmg. Pertama, janji yang paling diutamakan ialah janji terhadap Allah s.w.t. dan sesiapa yang mencabulnya maka ia mencabul janji Allah s.w.t.. Kedua, perjanjian itu sendiri merupakan "kekuatan" dan menunaikannya adalah merupakan suatu "kekuatan" pula. Perjanjian mengukuhkan perdamaian, dan di dalam perdamaian itu terdapat kekuatan dan pengukuhan, mengkhianatinya akan menghapuskan pengukuhan tersebut. Dan ketiga, tidak sepatutnya masyarakat yang ramai dan pemerintah yang banyak dijadikan sebab untuk mengkhianati janji. Dengan sebab itu diterangkan di antara sebab-sebab mengkhianati janji yang tidak benar ialah "disebabkan adanya satu golongan yang lebih banyak jumlahnya dari golongan yang lain."





Penegasan untuk menunaikan janji itu sendiri merupakan "keadilan", kerana di dalam "janji" terdapat hak-hak dan pembahagiannya, iaitu yang diistilahkan oleh ahli-ahli undang-undang dengan "perundangan ikatan". Jadi menunaikan janji itu adalah melaksanakan keadilan yang terkandung di dalamnya. Janji ini tidak boleh dikhianati hanya didasarkan kepada sangkaan bahawa pihak lain akan mengkhianatinya. Persediaan yang dilakukan oleh pihak musuh itu sendiri tidak boleh dijadikan sebab untuk mengkhianati janji kecuali jika terbayang niat dan tanda-tanda yang jelas bahawa mereka akan mengkhianati janji tersebut, maka ketika itu baru boleh dikhianati janji dengan mereka.

No comments:

Post a Comment