KONSEP KEADILAN
SEJAGAT
Konsep keadilan
islam tidak berbentuk diskriminasi, bukan hanya untuk diri sendiri tetapi untuk
manusia sejagat. Keadilan bukan hanya dalam sosial dan politik tetapi juga di
dalam ekonomi yang memakai ukuran berbeza dalam konsepnya. Mungkin suatu ukuran
itu adil bagi kapitalisme dan zalim bagi pandangan sosialisme dan begitu juga
sebaliknya. Keadilan adalah nilai utama akhlak muslim. Bersikap adil kepada
sesiapa sahaja tidak mengira tempat dan masa. Apabila adil menjadi pakaian
akhlak, maka orang yang berakhlak akan menjadi orang yang bertakwa. Menegakkan
keadilan adalah satu tugas rasulullah s.a.w yang perlu dicontohi seperti firman
Allah s.w.t yang bermaksud :
‘oleh kerana yang demikian itu, maka serulah (mereka
wahai muhammad kepada beragama dengan betul), serta tetap teguhlah engkau
menjalankannya sebagaimana yang diperintahkan
kepadamu, dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka :
sebaliknya katakanlah : aku berfirman kepada segala kitab yang diturunkan Allah
s.w.t dan aku diperintahkan supaya
berlaku adil antara kamu. Allah s.w.t jugalah tuhan kami dan tuhan kamu. Bagi
kamu amal kami dan bagi kamu amal kamu.”
(Surah asy-syuara, ayat 15)
Perasaan kasih sayang
merupakan asas perhubungan kemanusiaan. Apabila berlaku permusuhan dan meletus
peperangan, maka "keadilan" adalah menjadi kata pemutus dalam keadaan
ini. Orang Islam mesti melaksanakan keadilan biar betapa kuat sekalipun
permusuhan itu.Ini menunjukkan sifat kebencian yang melulu akan mendorong
berlaku sikap tidak adil. Keadilan merupakan hak suci yang ditentukan dan
sama-sama dinikmati bahkan oleh pihak musuh. Maka, apabila berlaku permusuhan,
undang-undang keadilan mengehendaki supaya ditentang permusuhanSekiranya mereka
tidak melahirkan permusuhan, maka orang Islam tidak berhak untuk menyerang
mereka kecuali sekiranya diyakini mereka membuat persediaan untuk melakukan
permusuhan. Orang Islam tidak seharusnya menunggu sehingga mereka melancarkan serangan,
malah harus menyerang terlebih dahulu sebelum diserang. Ini kerana sebaik-baik
pertahanan ialah melakukan serangan apabila terdapat tanda-tanda yang jelas
bahawa mereka akan melancarkan serangan terhadap orang Islam.
Agama
islam juga mewajibkan umatnya sentiasa “menepati janji” apabila membuat ikatan
perjanjian dengan pihak musuh. Islam menekankan
bahawa menunaikan janji itu merupakan suatu "kekuatan", dan Islam
menekankan supaya janji itu ditepati dan ditunaikan. Dapat
dijelaskan tiga perkara pokok terpentmg. Pertama, janji yang paling diutamakan
ialah janji terhadap Allah s.w.t. dan sesiapa yang mencabulnya maka ia mencabul
janji Allah s.w.t.. Kedua, perjanjian itu sendiri merupakan
"kekuatan" dan menunaikannya adalah merupakan suatu "kekuatan"
pula. Perjanjian mengukuhkan perdamaian, dan di dalam perdamaian itu terdapat
kekuatan dan pengukuhan, mengkhianatinya akan menghapuskan pengukuhan tersebut.
Dan ketiga, tidak sepatutnya masyarakat yang ramai dan pemerintah yang banyak
dijadikan sebab untuk mengkhianati janji. Dengan sebab itu diterangkan di
antara sebab-sebab mengkhianati janji yang tidak benar ialah "disebabkan
adanya satu golongan yang lebih banyak jumlahnya dari golongan yang lain."
Penegasan untuk
menunaikan janji itu sendiri merupakan "keadilan", kerana di dalam
"janji" terdapat hak-hak dan pembahagiannya, iaitu yang diistilahkan
oleh ahli-ahli undang-undang dengan "perundangan ikatan". Jadi
menunaikan janji itu adalah melaksanakan keadilan yang terkandung di dalamnya. Janji ini
tidak boleh dikhianati hanya didasarkan kepada sangkaan bahawa pihak lain akan
mengkhianatinya. Persediaan yang dilakukan oleh pihak musuh itu sendiri tidak
boleh dijadikan sebab untuk mengkhianati janji kecuali jika terbayang niat dan
tanda-tanda yang jelas bahawa mereka akan mengkhianati janji tersebut, maka
ketika itu baru boleh dikhianati janji dengan mereka.