Thursday 14 August 2014


A002
Dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang telah baligh) itu harta mereka, dan janganlah kamu tukar-gantikan yang baik dengan yang buruk; dan janganlah kamu makan harta mereka (dengan menghimpunkannya) dengan harta kamu; kerana sesungguhnya (yang demikian) itu adalah dosa yang besar. (surah an-nisaa’:4)

A008
Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan (surah al-maidah : 8)

Ciri-ciri orang yang cemerlang
i.          Orang yang cemerlang hanya mempertahankan Allah dan tidak mempertahankan selain-Nya. Orang lemah keyakinan sahaja yang merendah diri memohon dan menyembah kepada selain-Nya.

ii.        Orang yang cemerlang ialah orang yang menang iaitu orang yang telah dapat mengatasi pelbagai rintangan. Kemenangan paling besar ialah kemenangan yang mengatasi nafsu-nafsu jahat yang ada didalam diri sendiri. Kemenangan yang pasti ialah kemenangan yang diperolehi oleh orang-orang yang beriman kepada Allah.

iii.      Kunci kepada kecemerlangan samada kecemerlangan didunia atau diakhirat adalah ilmu pengetahuan


iv.      Kemantapan ekonomi adalah kecemerlangan yang tidak dapat diabaikan iaitu ekonomi yang terkawal daripada penindasan, penipuan dan penyelewengan yang terdapat didalam pembangunan dibandar atau luar bandar.
KEADILAN DALAM POLITIK

Kerangka politik Islam ditakrifkan sebagai Siyasah Ilahiyyah wa Inabah Nabawiyyah s.a.w yang menginsafi puncak segala kekuasaan adalah Allah s.w.t. Ia menzahirkan pandangan hidup yang penting yang mempertahankan kesetiaan kepada Allah s.w.t , para rasul, hakim, pada keadilan dan pemerintahan yang seimbang.

Kewujudan negara islam mempunyai pertalian yang langsung sifatnya dengan cita-cita perjuangan yang melatari perjuangan Rasulullah s.a.w. dan para Sahabat r.a.. Ia memperjuangkan idealisme dan cita-cita murni untuk melahirkan suatu masyarakat yang dapat merealisasi sepenuhnya erti kehambaan dan menzahirkan peranan khalifah. Gerakannya menzahirkan kekuatan dan kehebatan luar biasa yang dicetuskan oleh iltizam dan kesedaran yang membentuk kebudayaan umat. Khilafah Islam menjadi tunggak yang mencetuskan kekuatan yang memperkembangkan peranan agama dan nilai- nilai sejagat yang tuntas. Pengalaman golongan Islam dan tenaga pejuang di Madinah telah memberikan manfaat yang tidak sedikit kepada tamadun dunia, yang berhasil melahirkan golongan muda, golongan pelapis yang sempurna akhlak dan akal budinya untuk memikul tanggungjawab sebagai pewaris zaman. Kedatangan Islam telah membawa revolusi rohaniah dan akliah yang menggerakkan transformasi sosial dan akliah dan mengarahkan kebangkitan yang dibangun di atas kesedaran untuk memperteguh hak dan kemuliaan darjat insan.


Sistem perundangan yang diasaskan oleh Rasulullah s.a.w. mempunyai kekuatan yang tersendiri dalam mengutarakan konsep al-mujtama`at al- madaniyyah yang menghala kepada perkara dasar dalam sistem nilai yang dihubungkan kepada tradisi al-millat al-hanifiyyah al-samhah.  Ia menjadi matlamat utama sistem keadilan dan asas kepada siyasah shar`iyyah yang meletakkan asas kemasyarakatan yang dipereratkan dengan keluasan Islam sebagai risalah universal.
KONSEP KEADILAN SEJAGAT
Konsep keadilan islam tidak berbentuk diskriminasi, bukan hanya untuk diri sendiri tetapi untuk manusia sejagat. Keadilan bukan hanya dalam sosial dan politik tetapi juga di dalam ekonomi yang memakai ukuran berbeza dalam konsepnya. Mungkin suatu ukuran itu adil bagi kapitalisme dan zalim bagi pandangan sosialisme dan begitu juga sebaliknya. Keadilan adalah nilai utama akhlak muslim. Bersikap adil kepada sesiapa sahaja tidak mengira tempat dan masa. Apabila adil menjadi pakaian akhlak, maka orang yang berakhlak akan menjadi orang yang bertakwa. Menegakkan keadilan adalah satu tugas rasulullah s.a.w yang perlu dicontohi seperti firman Allah s.w.t yang bermaksud :

oleh kerana yang demikian itu, maka serulah (mereka wahai muhammad kepada beragama dengan betul), serta tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagaimana yang diperintahkan  kepadamu, dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka : sebaliknya katakanlah : aku berfirman kepada segala kitab yang diturunkan Allah s.w.t dan aku diperintahkan  supaya berlaku adil antara kamu. Allah s.w.t jugalah tuhan kami dan tuhan kamu. Bagi kamu amal kami dan bagi kamu amal kamu.”
(Surah asy-syuara, ayat 15)




Perasaan kasih sayang merupakan asas perhubungan kemanusiaan. Apabila berlaku permusuhan dan meletus peperangan, maka "keadilan" adalah menjadi kata pemutus dalam keadaan ini. Orang Islam mesti melaksanakan keadilan biar betapa kuat sekalipun permusuhan itu.Ini menunjukkan sifat kebencian yang melulu akan mendorong berlaku sikap tidak adil. Keadilan merupakan hak suci yang ditentukan dan sama-sama dinikmati bahkan oleh pihak musuh. Maka, apabila berlaku permusuhan, undang-undang keadilan mengehendaki supaya ditentang permusuhanSekiranya mereka tidak melahirkan permusuhan, maka orang Islam tidak berhak untuk menyerang mereka kecuali sekiranya diyakini mereka membuat persediaan untuk melakukan permusuhan. Orang Islam tidak seharusnya menunggu sehingga mereka melancarkan serangan, malah harus menyerang terlebih dahulu sebelum diserang. Ini kerana sebaik-baik pertahanan ialah melakukan serangan apabila terdapat tanda-tanda yang jelas bahawa mereka akan melancarkan serangan terhadap orang Islam.

Agama islam juga mewajibkan umatnya sentiasa “menepati janji” apabila membuat ikatan perjanjian dengan pihak musuh. Islam menekankan bahawa menunaikan janji itu merupakan suatu "kekuatan", dan Islam menekankan supaya janji itu ditepati dan ditunaikan. Dapat dijelaskan tiga perkara pokok terpentmg. Pertama, janji yang paling diutamakan ialah janji terhadap Allah s.w.t. dan sesiapa yang mencabulnya maka ia mencabul janji Allah s.w.t.. Kedua, perjanjian itu sendiri merupakan "kekuatan" dan menunaikannya adalah merupakan suatu "kekuatan" pula. Perjanjian mengukuhkan perdamaian, dan di dalam perdamaian itu terdapat kekuatan dan pengukuhan, mengkhianatinya akan menghapuskan pengukuhan tersebut. Dan ketiga, tidak sepatutnya masyarakat yang ramai dan pemerintah yang banyak dijadikan sebab untuk mengkhianati janji. Dengan sebab itu diterangkan di antara sebab-sebab mengkhianati janji yang tidak benar ialah "disebabkan adanya satu golongan yang lebih banyak jumlahnya dari golongan yang lain."





Penegasan untuk menunaikan janji itu sendiri merupakan "keadilan", kerana di dalam "janji" terdapat hak-hak dan pembahagiannya, iaitu yang diistilahkan oleh ahli-ahli undang-undang dengan "perundangan ikatan". Jadi menunaikan janji itu adalah melaksanakan keadilan yang terkandung di dalamnya. Janji ini tidak boleh dikhianati hanya didasarkan kepada sangkaan bahawa pihak lain akan mengkhianatinya. Persediaan yang dilakukan oleh pihak musuh itu sendiri tidak boleh dijadikan sebab untuk mengkhianati janji kecuali jika terbayang niat dan tanda-tanda yang jelas bahawa mereka akan mengkhianati janji tersebut, maka ketika itu baru boleh dikhianati janji dengan mereka.
PENDAHULUAN

Adil mengikut bahasa bererti sama rata di antara dua pekara. Seimbang diantara dua keadaan, mengimbangi bebanan. Erti keadilan mengikut istilah syariat islam ialah meletakkan sesuatu itu pada tempatnya. Maksud keadilan mengikut syariat itu lah yang diperintahkan oleh Allah s.w.t di dalam beberapa ayat, antaranya : “sesengguhnya Allah s.w.t menyuruhmu, supaya kamu membayarkan amanat kepada yang empunya dan apabila kamu menghukum antara manusia, hendaklah kamu menghukum dengan kedilan..” (An Nisaa’:58)
Apa saja yang dilakukan samada barang atau benda atau pekara, samada yang bersifat ‘maddi’ (material) mahupun bersifat ‘maknawi’ atau rohani. Jika diletakkan pada tempatnya, inilah yang dikatakan adil. Jika berlaku sebaliknya maka dinamakan zalim kerana lawan kepada adil itu adalah zalim. Perkataan zalim itu berasal daripada ‘zulmun’ ertinya gelap atau kegelapan.
Manusia dalam mengharungi hidupnya, tidak terkecuali daripada menghadapi cabaran dan ia pasti ditempuhi oleh setiap umat manusia di dunia ini, maksudnya selagi ada cabaran hidup, maka selagi itulah manusia akan belajar daripadanya.
Hal yang demikian, tentulah manusia mempunyai kehendak dan keperluan untuk mengatasinya dengan berusaha mendorong dirinya untuk melakukan sesuatu kebaikan. Oleh sebab itu, manusia yang mempunyai ilmu yang berpaksikan iman dan kejujuran lebih kuat potensi kecemerlangannya, berbanding dengan mereka yang cetek akal pemikiran serta tidak bermoral.

Justeru, kecemerlangan yang ada pada diri seseorang itu adalah meliputi pelbagai aspek, kerana ia berkait rapat dengan soal nilai serta perbezaan-perbezaan yang wujud pada diri manusia itu. Jadi, bentuk kecemerlangan seseorang itu adalah tidak sama corak kecemerlangannya dengan individu-individu yang lain, kerana ia berkaitan dengan soal kualiti yang memungkinkan menjadi ukuran terhadap darjat kecemerlangan seseorang itu.